Thursday, September 29, 2011

... my bosses resign? ...

Assalamualaikum.

perh! tengahari tadi ada lak manusia menanya aku pasal bosses aku kan. ciss! mulut siapalahkan yang bau busuk tuh kan. kalo nak cakap pasal bos-bos aku kan, cakap la depan-depan kan. ciss!

bos aku ekceli ada 2 orang. dua-dua cina dah kawen. dua-dua sudah belanja aku makan. hihi. baik bos aku. 1 kilang jeles pasal bos aku baik sangat-sangat. pastuh tak ada sorang pun ada kutuk bos aku cakap jaat. hihi. ada pon sorang dua tuh tak mahu kerjasama dengan bos aku. cuma mereka berdua saja. padahal ramai lagi yang tak suka dorang tuh tau. jaat tol dorang tuh. bos aku baik tau. ape laa.

oh ye. pasal bos aku nak resign. aku terkejut giler laa! perh! berdegup jantung aku. bagaikan nak mati, aku biasalah dengan bos aku tak ada rahsia kan. pas orang itu tanya aku, terus aku g tanya bos-bos aku.. hihi. then bos aku cakap tak adalah dorang nak resign. then dorang cakap-cakap dalam bahasa cina sama ada salah sorang tuh yang nak resign. aku bukan tak faham. cehh! faham sangat kan. tak payah translate or google. aku faham. huhu. 

bukan aku tak nak rahsia kan. weh! bos aku baik woo. tak kan lah aku tak boleh ambil tahu pasal kes nih kan. aku rasakan aku tahu lah mulut sape ni? confirm jeleskan bos aku ni baik sangat kan. tah pape jelah nak cakap cam itu. die tuh bukannye H.R pon nak cakap cam itu. ish! macam lah bos aku resign bagi die surat. terok betul manusia itu kan.

tapi walauapapun harap bos aku kalo nak resign pun tunggulah aku sudah terer. huhu. bukan apa. aku takut laa. kang tak kukuh kedudukan aku nanti aku lak kena buang kan. bahaya tol la. huhu. sedih nanti aku. dah la tengah kumpul duit kawin. huhu. jangan pencen or resign dulu ek bos. bos sayang saya kan? huhu~



Monday, September 26, 2011

... kenapa ada LINK kat New Post? ...

Assalamualaikum.

hype semua! aku ada masalah dengan Belog aku ini. kenapa ek ada LINK? penting tak? err? aku tengah test ni. huhu. aduh! dah la facebook berubah. pastuh, belog pon join sama. aduyai! fenin. fenin. ape lah nak jadi ni kan!

tengok ni!

pelik dah aku. sapo la yang merubah belog aku? kawan aku tak kena pon macam aku. tapi apekah aku sorang saja?

TTwTT

Saturday, September 24, 2011

... Mengubati Hati Yang Terluka - Artikel iluvislam.com ...

Assalamualaikum!

okay. I nak share something with you all. aku ambil dari artikel ILuvIslam.com so have a nice day to read.


Pelbagai perkara berlaku dalam kehidupan seharian kita. Ada ketikanya, hati kita terluka kerana disakiti oleh orang lain atau suasana.
Beberapa cara boleh kita amalkan untuk mengubati hati yang terluka. Keberkesanannya bergantung kepada diri anda, namun berikut adalah cara yang sering dikongsia oleh pakar.

1. Latih Minda Melupakan Kenangan Pahit
Bunyinya senang nak dibuat, tapi perlu diaplikasi berterusan. Mengaku saja anda sering merasa sedih sebab banyak kali mengingat kenangan pahit atau selalu kembali ke memori silam yang lalu, betul tak? Kita kena cut connection feeling kita dengan emosi yang lalu.
Mulai hari ini, tekad untuk melupakan semua itu, selupa yang mungkin, kasi kosong abis! Bulatkan azam untuk fokus kepada masa depan anda, cita-cita, keluarga, kerjaya, kewangan, keilmuan dan rakan-rakan. Anda takkan dapat melupakan kesemua memori pahit sekaligus, tapi lakukan step by step dengan mengalihkan perhatian anda kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa, tapi ia boleh dipercepatkan dengan disiplin diri.

2. Buang Sikap Risau
Ada dua kesan dari sikap risau ni, pertama ia menarik nasib tak baik, masalah dan musibah - tanpa anda pinta.
Kedua, memberi kesan buruk pada kesihatan anda dari segi fizikal dan mental.
Risau membuat anda selalu menjadi sedih dan kecewa. Untuk buang sikap risau, belajar untuk bertenang dan latih diri anda mengawal emosi.

3. Belajar Rajin Bersyukur
Ucap syukur atas kesemua yang anda ada, apa saja! Misalnya, ucap syukur kerana Anda masih ada 5 deria yang lengkap; anda boleh melihat dan menarik nafas tiap kali bangun tidur, anda ada kawan rapat yang memahami anda dan anda mempunya handphone kesayangan anda. Ucap syukur seikhlas hati, sebanyak yang mungkin, seikhlas mungkin hingga rasa syukur tu meresap jauh ke dalam diri. Buat banyak kali dalam sehari.

4. Belajar Menjadi Pemaaf
Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif. Seterusnya, meneutralkan gelombang fikiran negatif yang melekat bersarang di minda. Ketahuilah, anda selalu rasa sedih dan kecewa kerana anda tidak memaafkan kesalahan diri anda di masa lalu ataupun anda tidak memaafkan kesalahan orang lain tehadap diri anda satu ketika dulu. Belajar menjadi pemaaf dan menghapus semua ini lalu menarik ketenangan datang pada diri anda.

5. Ketawa, ketawa dan terus ketawa
Ketawa bukan dibuat-buat, tapi biar ketawa yang benar-benar menggembirakan anda serta menjadikan anda girang. Tonton video yang lucu, baca cerita yang lucu, dekatkan diri anda dengan rakan-rakan yang lucu serta cari "funny side" dalam setiap situasi; agar anda boleh ketawa secara automatik. Ketawa dapat menghilangkan sedih. Buat apa layan kecewa sedangkan anda boleh ketawa? Come on...

6. Ubah Fikiran
Kita tak boleh merubah situasi yang boleh membuat kita kecewa, sedih dan murung. Tapi, kita boleh merubah fikiran kita dan apa yang kita fikirkan tentang situasi-situasi tersebut walau seburuk manapun ia. Rahsianya, cari sinar mentari disebalik mendungnya awan.
Walaupun perkara tidak berpihak kepada anda, cari cara bagaimana anda boleh jumpa nilai-nilai positif di dalamnya.
Fikir yang baik-baik saja, kerana ia memberi keuntungan jangka masa panjang.
Rezeki anda murah dan segala yang baik-baik datang sendiri pada anda. Anda menjadi apa yang anda selalu fikirkan. Buat apa fikir yang buruk sedangkan anda boleh tarik semua yang baik-baik?
Fikir yang buruk, Anda dapat yang buruk jawapnya. Ini hukum alam dinamakan hukum sebab dan akibat.

7. Hati Mesti 'Keras'
Bukan keras sembarangan, maksudnya kekerasan hati, kesabaran yang tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka. Allah menurunkan musibah, permasalahan dan macam-macam lagi bukan sekadar dugaan, tapi balasan pada perbuatan-perbuatan anda di masa lalu. Buat baik, dibalas baik, begitu juga sebaliknya.
Cuba ingat balik kejahatan kecil yang anda lakukan pada orang lain, mungkin ada walau anda tak sedar. Itulah perlunya kita bersikap baik dan berfikir yang baik-baik pada semua orang, benda, perkara, situasi dan keadaan. Sebelum masuk tidur, set minda untuk jadi ceria pada keesokan harinya.
Lafazkan dengan nada berbisik. Relaks, jangan terlalu mendesak diri.
Selepas bangun tidur, katakan pada diri ini adalah hari yang baru untuk Anda.
Tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baru tu hari yang baik, sungguh baik, sebaik yang mungkin dari hari yang sebelumnya.


komen aku: well ini lah salah satu cara untuk menjadi manusia yang bahagia. percayalah. mesti seoirang yang tenang. pesanan ini untuk aku jugak!

... be yourself please ...

assalamualaikum.

someone told me to be myself. I already be myself but someone else hate me being myself. 

aku boleh jadi hipokrit. senang saja. tahan nafas. haha! okay, tak ada kena mengenakan. hihi. aku dahulu kala pernah jadi hipokrit. wahsey! penat giler la. sesak nafas dah aku. macam nak mampos pun ada kan. huhu. tapi itu zaman dahulu kala lah kan. mula-mula kenal orang memang hipokrit sikit. lepas dah lama sikit tuh hah! mulalah tanduk-tanduk kecil keluarkan. kahkahkah!

seometimes memanglah cara orang itu macam merimaskan. tapi apakan dayakan. itu sudah menjadi keselesaan seseorang itu kan. so let the person be what they can be their-self. sudah mereka selesa sebegitu kan? 

bukan senang untuk sukakan seseorang tapi senang nak bencikan orang kan? *pesal post aku banyak pasal benci ek?* like my previous post. no reason hate but still consider hate. macam mana dengan love? kenapa love di consider banyak jenis dan perlu ada sebab? perasaan tidak perlu ada sebab. sebab ia tidak perlu sebab untuk sukakan seseorang. atau sebabnya adalah JODOH.

aku sejak kerja dekat dengan area rumah kan. banyak berubah dalam diri aku. menjadi keras kepala, keras hati, panas baran. Astagfirullah Al-Azim. kenapa ek? cepat betul setan tusuk aku kan? habis semua hati aku hitam.

pernah tak orang buat azam baru pas raya? 

tak ada kan? well! you find the perfect person. guess who? me? yess! me! you are correct. saya belanja kalian minum. okay, nanti pergi dapur amik cawan dan tuang air dan minum! haha! tuh saya belanja oke. *tak joke ke?*

sudah jam 12 malam. bermakna hari ini aku ada vacation to Pangkor Island! aku tak tau kenapa abah ajak aku last minit ni. haha! i like. sudahlah tengah "frust" giler kan. hihi. 

oh! moh ler reramai g Tumblr aku yang tak berapa nak semart kan. bese la. kanak-kanak baru up kan. haha! *oke. jangan layan saya lebih-lebih.*

okay. be yourself okay all? itu sajalah bebelan saya ini.

TTFN! 

Wednesday, September 21, 2011

... wordless wednesday: Pelamin Anganku Musnah! ...

assalamualaikum.

today is 21th September 2011. hiphip hooray! oh! Pelamin anganku musnah? memang musnah!


aku ada angan-angan nak kawin next year. tapi halangan muncul dan memaksa aku berhenti menyintai dia. bukan aku tak mahu nak tempuhi halangan itu. tapi bagaimana? bukan cinta tiga segi. tapi family first. aku buntu. so tiada angan-angan menjadi kenyataan.

memang hidup ini penuh dengan drama kan?


Sunday, September 18, 2011

... reason hate ...

Assalamualaikum.

today aku nak story pasal perasaan "HATE". well. so mean kalau aku cakap benci. so hate itu bukanlah sesuatu yang keraskan. cuma terguris sedikit. haha!

aku ingatkan sayap yang aku miliki ini boleh membawa aku pergi terbang tinggi. tapi rupanya tak. dan aku juga seperti burung merak. bukanlah seorang sombong, but maybe aku sombong tapi seekor merak yang dibenci. ops! salah. di"hate". haha!

aku selalu sangka yang orang tak ada reason untuk membenci aku. tapi aku telah melakukan kesilapan besar! orang boleh membenci aku melalu orang yang mereka sayangkan. bukan senang nak cari reason ni tau. kira untung ada orang gtau yang dia benci kita. kalo senyap-senyap tuh lagi haru k.

well, aku tak adalah nak marah-marah. oit pesal benci aku hah! lantak aku la kan. haha! taklah aku nak berkata begitu kan. tapi. aku terima semua teguran orang dengan senyuman. wahsey! jangan tanya ikhlas or tak ek. aku sendiri tiada jawapan. tapi yang aku tahu senyum penawar hati dan penutup semua penipuan. haha! best kan.

pasal hate-hate ek. aku kat kilang ada saja manusia benci aku. ala. tapi kerja aku tiada kena mengena la dengan beliau itu sudah cukup memberangsangkan untuk aku. aku sendiri tak tau kenapa die tak suka aku. nak kata aku tergedik-gedik dengan lelaki, aku hanya tegur chinese saja. nak kata aku ada buat dia marah, kekadang sebulan pun tak pernah nampak muka. aku ni suka manja dengan wanita sahaja. haha! itulah dia manusia yang membenci aku tiada reason!

manusia benci aku ada reason ada banyak jenis. satu sebab orang yang dia sayang dan others aku tak tahu sangat. tapi aku tahu adik aku kekadang benci aku yang suka buli dia, haha! tapi others, maybe sebab aku sombong. ramai cakap aku macam sombong. haha! dorang xtau aku ni rabun. kekadang malas nak pakai contect lense kan. ala. pakai spec lagi lah malas. haha! nampak nerd giler kot. haha! tak la. nampak tak lawa laa.

seperti di atas yang aku cakap reason sebab orang yang mereka sayang. terus terang aku katakan, aku mengalah bila benda macam tuh menjadi isu. aku malas nak memperbesarkan benda-benda ini. biarlah. aku malas nak memback-up diri aku. sebab kalo aku explain akan buat mereka menjadi benci orang yang dorang sayang kan.

mengalah bukan bermakna aku kalah kan. well. i need time for myself. bak kata orang, andai jodoh itu milik kami, sampai bila-bilapon milik kami kan. aku tak boleh ubah perasaan orang itu benci aku ke tak benci aku. susah. sedangkan aku sendiri bila dah start benci orang habislah kau!haha! tak la. biasanya pada lelaki saja aku benci. perempuan jarang. hihi!

nasib aku ni seorang yang fleksibel kan. kira masih boleh di negotiable la kan. haha! macam purchasing lak aku nih kan. hihi.

sebab itulah aku kalau nak benci orang, aku kena pikir balek reason aku nak hate orang ni. sebab life nih hukum karma kan. dan Allah swt pon tak suka kita benci membencikan. huhu~
*pakcik google hebat!*

sebelum tidur, maafkanlah mereka yang menyakitkan hati kita, itu semua dugaan kan. dan terimalah semua dugaan hidup ini. :-)


Wednesday, September 14, 2011

... Congrats! ...

Assalamualaikum.

aku nk buat sinambungan citer "KEKASIH ORANG" << klik tuh. baca tuh dulu baru aku mau citer sinambungannya. haha!

aku kan dahulu kala ada berkawan denga kekasih orang kan. dan sekarang dia sudah menjadi milik orang lain. ala. belum official nikah la tapi sudah tunang. bagi aku bila orang itu sudah bertunang, officially aku tidak akan ganggu hubungan dia dengan tunang dia. well. even darah itu manis, tapi tak mau la memanjangkan ceritakan. nasib aku sudah wishing awal-awal. tapi masih buat-buat tak paham. pelik aku.

ekceli aku sudah lama dah tak mesej dan lepak dengan mamat ni. ah! malas lah. aku tak kisah berkawan dengan aku. tapi bila sikap dia tetiba diam buat aku kelu. tak ke pelik? dan aku ape lagi. marah la kan. damn yuh!

then nighht before aku cuti dia mesej aku. aku pelik. then aku balas dan wishing dia, dia pelik bila aku wishing. lorh! dah betul nak tunang kenapa perlu diam-diam. kenapa perlu tertanya-tanya. kan? jawap la terima kasih. cukup kan?

aku tidak faham dengan lelaki yang macam itu. lebeh elok aku berkawan dengan kawan cina. hihi. bergurau senda bersama. haha!

oke. sampai cini saja aku merepek. malas nak pikir pasal belio. aku lak tengah sedeh pasal bos aku diberentikan! waa~ TwT


Monday, September 12, 2011

... happiness not always be mine ...

assalamualaikum.

story hari ini agak lari tajuk cikit laa kan. *thinking: want to share or not*

rainbow not always beside us.*fadhilah jgn perasan oke.ak tahu belog ko nme rainbow kn.* cer tengok pelangi time hari panas dan waktu itu hujan turun, pasti ada pelangi akan kelihatan kan? kalau omputeh kata," in the end of the rainbow had a gold." gold ape? clover gold kan? oke. itu sume tahyul. dan rainbow itu tidak tahan lama. if we saw it, we smile and after the rainbow is gone, we stop smilling kan?

susah nak lari dari kehidupan. hidup pun bersebab. makan pun bersebab, sakit pun bersebab. semua benda bersebab kan. cuma nawaitu itu yang menyebabkan kelainan antara manusia kan.

cam aku, demam, selsema, sakit kepala yang almost 1 week. bersebab kan? tapi itu semua rahsia Tuhan, kita hamba Dia kena tabah dengan semua dugaan yang diberi.

kadang-kala dugaan Dia beri berdasarkan dari keluarga. oke. secara jujur, kalo dugaan putus cinta, siyes aku tak kesah. kalo pasal famili, aku kalah. sumpah aku kalah. aku boleh nages sampai ke esok pagi kot. mata bengkak. aish! macam mana lah aku nak g keje kan,malu sey. orang akan cakap, nih nages sebab gaduh dengan pakwe la tuh kan.

ape kejadahnye aku nak berbengkak psal pakwe. kalo pakwe aku nak ada mkwe lain pon. hang p la kat depa tuh. elok la. aku elok-elok setia bagai nak rak, die p merenyam dengan betina lain. p la kalo dah gatal sgt kan, haha!tuh la aku akan cakap. nak cuba mempertahan kan? aku akan mempertahankan bila pakwe aku tak layan dia dan perempuan tuh nak sangat-sangat dengan pakwe aku. tuh baru aku back up hubungan aku. tapi nih pakwe aku gatal2 layan, pastuh mintak putus, aku pun bagi la kan. kalo aku tak bagi nanti pas dah kwen mahunya aku bermadukan.

*cam tak ada kena dengann tajuk aje.*

aku senarnya lapar. tapi... ada masalah ckit. so aku tak tahu bila aku mahu pergi makan kan. dah la kena makan ubat. sakit pewot gastrik. hebat kan? hebat. mule-mula cherry berry. pastuh gastrik. apalah nak jadi dengan aku kan. tengok Kasih Alia la kan. lagi besh kan.

oh ya! about happiness not always mine. cam kita tengah sakit. pas makan ubat kita tidur kan. tengah tidu dalam kebahagiaan tetiba kan anda mimpi someone mati. then terjaga. menangis tanpa sebab. kerna orang yang mati itu anda kenal. dan paling sayang kan. menangis teresak-esak.

well. itu bukanlah berlaku kat aku. tapi contoh aje laa kan. aku macam nak citer pasal pakwe orang la. hihi. nanti aku citer ek.

TTFN!!


Friday, September 9, 2011

... sunyi ...

assalamaualaikum.

sunyinyew la belog aku nih kan. berhabuk la..fuhh!fuuhh!*sambil pasang vacuum.*

bukan tiada idea nak letak bi belog ni. melambak. hinggakan aku dalam dilema yang mana satu mahu diceritakan dahulu.

tapi bila aku mahu bercerita, mulalah idea ketandusan. maka bermulalah ayat berteraburan dan berterbangan kan? ciss!

ada pula waktu itu aku mengalami kesakitan di kepala. perh! punyalah mahu aku pecahkan saja kepala aku kan. memang best la kan. huhu~

well. sorrry to korang yang telah BW di belog aku. aku tak on langsung sejak raya. perh! bizi itu memang terbaik lahkan.haha!

well. tinggalkan link korang kt chat box aku, nanti aku BW la belog korang. weee~

10q sudi singgah ke belog yang pasan cam diva nih,kahkahkah!


Friday, September 2, 2011

... pentingnya Beraya atau kunjung ke rumah orang ...

assalamualaikum.

today aku nak membebel pasal beraya. hiphip hooray! just because aku ni rajin ikut abah mama pergi beraya sebab abah mama suka ajak anak-anaknya beraya ke rumah sedara yang hanya setahun sekali je masuk wehh! dan tak semestinya yang hari-hari masuk itu tak perlu masuk lagi kan sebab sudah hari-hari masuk kan? sapo lak ajar cm itu kan?

budak-budak rajin berbasikal beraya mencari rumah-rumah. haha! kerna mereka mengumpul duit raya. ada yang kumpul duit raya nak beli PS2 laa. PS3 la. macam-macam laa. aku nih sudah besaq dan tak dapat duit raya lagi! sebab aku kan dah kerja. haha! kalau aku dapat duit raya pon bagus gak kan? boleh la aku kumpul dan beli ipad ke, blackberry ke. wakahkah. oke. aku anak dara yang teruk suka gelak kuat. hihi.

ekceli sejak kebelakangan ini aku memang moody giler babas la kan. dan apa lagi. aku layan lagu kak ping la kan. pasang cd die pastuh melalak bersama. haha! pastuh nages sorang-sorang. err? kenapa ek aku cam itu? cam giler meroyan kan? haha!

owh! pasal kunjung mengunjungkan. kebanyakan budak-budak datang beraya kerna duit raya. nanti dah beso bila dah tak dapat duit raya, agak malas kan nak beraya? betul tak? penting tau kunjung mengunjung nih. aku pon suke g beraya walaupun tak dapat duit raya. sebab ape? sebab nanti tak adalah aku kawen dengan sedara sendiri ke, pakcik sedara jauh sendiri ke. kita tak tahu kan. lebih elok elak daripada kita kawen dengan orang dekat. huhu! jauh pun tak semestinya dia buka sedara kita kan?

tapi kebanyakan mak bapak selalu ajar anak-anaknya pergi beraya cari duit raya. pastuh tak jelas kan lebih lanjut pasal raya nih kan? susah-susah. kalau na tahu kat kawasan jalan rumah aku ni kan, famili akulah kuat berjalan beraya dekat-dekat, walaupun dekat tapi tiap-tiap tahun kami datang beraya. ape lagi, aku pakai baju kurung tahun lepas-lepas lahkan time nih lah nak pakai baju kurung yang melambak tuh kan. lagi pon kawasan rumah aku nih dorang mana nak sangat berjalan raya dekat-dekat. aku sendiri tak paham. dorang sendiri tak pupuk kejiranan.

abah selalu bising bila kitaorang nak pergi beraya. so dengan arahan akk aku yang no 1 maka kami pon jalanlah beraya adik beradik sama dengan husben dan anak memasing. kecuali aku dan adik-adik aku la kan. kami masih mudalah katakan.hihi.

datang beraya pon bukan nak duit raya. nak kenal kan anak dan husben dan diri sendiri. kekadang nama aje jiran siap tanya ko nih anak sapo? aduuh! parah dah tuh wehh. korang nih. lagipun kan elok pupuk persaudaraan sama islam. walaupun anak orang lain tak ada buat, biarlah famili aku yang buat. elok cikit kan. kan molek aje.huhu~

huhuh!!bz time..org dttg beraya nih..

TTFN!


Thursday, September 1, 2011

... tak bisa memilihmu ...

aku suka layan lagu kak Fynn Jamal. aku ada beli CD dia..kalo aku tengah sakit hati, aku layan lagu itu, seswai dgn jiwa aku. 

dan. ada lagi satu lagu aku layan, kalo pergi karoke, pasti lagu ini menjadi pilihan aku.
yaa. tak lain tak bukan, 6th Sense- tak bisa memilihmu. 
lagu itu seswai dengan keadaan aku dahulu. haha! funny. tapi aku suka semua lagi 6th sense. memang layan habis la. sampai ngences. haha!


meaningfull! i love it!

not in good mo0d.

TTFN!

... Thursday Morning ...

Assalamaulaikum.

today is Thursday Morning. My father pagi tadi ajak pergi breakfast di port klang. but FYI hari ini kan raya ke-3, kedai makan melayu mana lak bukak kan? so aku tak ikut. bukan sebab tak ada kedai makan. tapi sebab aku lambat siap. kahkahkah! then aku kol BFF aku amik aku dan g McD. hiphip hooray! wa g McD beb pagi2. konon-konon wa kat United Kingdom la kan. haha!

kami amik famili A. so ada 1 pancake, 2 bege. wee~ kekenyangan kami berdua. haha! then g klang, konon nak beli suar slek keje aku tapi tiada. maka aku beli kain untuk dinner. haha! dinner November. lama lagi kan. tapi semangat tak ingat kan. hahha!

baiklah. petang nanti me and mama nak pergi kedai gunting rambut ai yang panjang tak hingat dunia. adehh.. kulit kepala dok gatal-gatal dah ni. huhu!

dan today ai not in the mood very well. because aku memang tak ada mood la kan. so jangan buat aku mara. oke?

TTFN!

p/s: maaflah aku merapu!