MELEMBUTKAN CUCUR :
Apa kata anda cuba cara ini jika inginkan cucur yang lembut setelah dimasak? Apa yang anda perlukan adalah bancuh tepung cucur dengan air suam. Kemudian goreng seperti biasa. Pasti rasa cucur akan berasa lembut walaupun setelah ia menjadi sejuk.
MENGHILANGKAN PAHIT PERIA :
Peria kaya dengan khasiat untuk tubuh anda. Namun rasa peria sememangnya pahit membuatkan ramai yang tidak mengemarinya.
Untuk menghilangkan rasa pahit peria itu, potong peria dan rendam didalam air berisi garam halus selama 25 minit. Tapiskan airnya dan masaklah peria tadi mengikut resipi anda.
MENGURANGKAN BAU HAMIS KAMBING :
Untuk mengurangkan bau masakan daging kambing cubalah petua berikut.
Setelah menghiris daging kambing, lumurkan dengan sedikit tepung gandum dan biarkan selama 15 minit. Kemudian bersihkan dan perahkan dengan sedikit jus limau kasturi atau lemon. Biarkan 30 minit dan bilas. Tapis dan toskan air basuhan.
MEMBERSIHKAN SIPUT SEDUT :
Jika anda menghadapi masalah untuk membersihkan siput sedut, petua berikut mungkin berguna bagi anda.
Ambil sebekas hampas kelapa, gaulkan siput sedut yang masih hidup itu dan biarkan semalaman. Esoknya barulah anda mengerat bahagian hujung cengkerang siput sebelum dimasak. Dengan cara ini bau lumpur dari siput itu akan hilang, malah bertambah rasa lemaknya apabila dimasak.
...:: usaginana.blogspot.my ::... ♥ Please follow my IG @yleo.withleana, @thehalea_shop | My pages beauty halea shop & beauty by leana ♥ ENJOY READ!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
::: Setelah menerjah post sendiri :::
perhh!! bertahun sudah belog aku ni eh. from 2010. then aku kawen 2014. beranak pinak from 2015 until 2021. HHAHAH i have 4 ketoi anak. 1 bu...
-
Aku ada anak bujang autism. This 2022, he is 7yo and skol yang ada PPKI. Apa yang buat aku runsing dia agak agresif di kelas. Seperti mana d...
-
Assalamualaikum. Aku just nak share saja. sila lah share andai mahu. ( Malaysia-Ria ) In The Name of Allah Most Gracious Most Merciful ...
-
Assalamualaikum! MR GOOGLE aku nak cerita sikit pasal jodoh ni. senarnya aky kagum dengan kawan aku ni hah. berkahwin dengan lelaki ya...
No comments:
Post a Comment