Saturday, August 19, 2017

... RESEPI AYAM MASAK LEMON MADU PADUUUU ...

RESEPI AYAM MASAK LEMON MADU PADUUUU
=======================================
gitu paduuu nye haha. memang padu tau. terangkat lemon dan madu nye. eh rugi la masak kalau letak sikit sikit. nak masak jangan kedekut. hehe.
.
actually menu asal adalah milik blog Dapur tanpa sempadan. hakak ikut resepi dia sebab ringkas dan mudah faham. siapa nak masak rasa sedap bole google DAPUR TANPA SEMPADAN aka mat gebu.
.
btw saya masak ni ikut bahan kat dapur. ada kurang bahan iaitu tepung gandum. sepatutnya ayam tu kena goreng dengan tepung gandum tapi hakak masak ayam biasa saja. pun boleh!
.
diulangi ini bahan seperti hakak masak ya.
.
bahan bahan:
ayam
1inci halia (ni hakak potong aje)
garam secukup rasa
bahan sos:
1/4 cawan madu
1setengah biji lemon
(hiris kulit lemon, ambik kuning sahaja. lepastu perah lemon ye. ambil jus pula) - kulit lemon hiris halus ya.
bawang putih cincang halus
1 sudu tepung jagung dicampurkan ke dalam 1/4 cawan air (kacau sehingga sebati)
1 biji cili merah besar - buang biji dan didadu kecil
1/2 cawan air
garam
gula
.
cara memasak:
1. goreng ayam seperti biasa. (kalau nak goreng ayam dengan tepung jangan lupa salut telur dan ulit dengan tepung dan goreng sehingga keemasan ya)
2. panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang putih. masukkan madu dan lemon (jus dan kulit). kacau dan tuang air, biar mendidih.
3. masukkan garam dan gula secukup rasa
4. kecilkan api. masukkan tepung jagung yang ada air itu ke dalam kuali. kacau sehingga sos menjadi pekat. (rasa sos jika ok masukkan ayam dan cili merah)
5. bila sudah masak. boleh dihidang dan makan bersama keluarga.
Selamat mencuba
.
#silakanshare
#leanamasak


Friday, August 18, 2017

... Resepi Pak Choy masak kurma cina ...


Pak Choy masak Kurma Cina
===========================

sesuai untuk ibu ibu yang menyusukan anak. kurma cina ni ada orang buat sebagai milkbooster. 
yang ni saya masak sukat sendiri. so yang terer masak boleh la campak campak. yang masih baru nak masak mohon ikut resepi orang yang terer. sis tak terer.

Bahan-bahan:
sayur pak choy
kurma cina 5-6 biji (belah dua)
bawang merah sebiji
bawang putih 3ulas
ikan bilis sikit (tak letak pun tak ada)
secawan kecil air
garam secukup rasa

cara memasak:
1. potong bawang merah dan putih. basuh ikan bilis.
2. panaskan minyak dalam kuali. bila minyak sudah panas, tumiskan bawang merah, bawang putih dan ikan bilis.
3. masukkan sayur pak choy secawan air serta kurma cina.
4. biarkan sehingga air mengelegak dan masukkan garam.
5. siap dihidang.

pastikan kurma cina dibelah ya. untuk kuah sayur itu rasa kurma cina.

terima kasih.

#silakanshare



Wednesday, August 9, 2017

... 5 little monkeys ...

tahu tak tu lagu ape? lagu budak budak lah hihi.

anak yang sulung nama Lutfy Hadi suka juga tengok youtube.
weh budak mana tak suka kan. 9/10 la budak yang tak suka tu kan.


ini lah bujang aku. umur dia 2tahun 6bulan

ritu raya orang akan tanya budak ini berapa tahun. bila aku sebut umur dia majoriti orang terkejut sebab dia nampak tinggi dan besar. terus oang assume family bapak aku baka besar. then aku pun betulkan kan lah pendapat orang, yang belah family husband aku pun rangka besar. yep! my MIL nye family meamng rangka besar. so tak heran lah budak ni rangka besar.

yela. Lutfy keluar pun berat 3.43kg. sepanjang dia baby sampai toddler ni BMI dia sangat cantik. tak ada pun ngam ngam line. alhamdulillah.

pendek cerita. anak aku ni belum bercakap bahasa kita. still in baby language, tak tahu la nak risau ke apa. tapi as parents aku memang risau. bulan ni ada check up dia. aku ingat kan nak minta surat jumpa pakar. see how to handle my baby.

but still dari segi motor skill anak aku bijak sangat sebenar nya.

ko tahu kan setiap kereta ada ekzos. dalam banyak banyak cucu mak bapak aku termasuk anak anak aku dalam 12 orang. anak aku ni sorang yang masukkan batu dalam ekzos. for serius!

semua kereta dia masukkan batu. nasib batu kecik. pernah dalam kete akak aku dia masukkan batu se-ngam ekzos ko tau tak. mengelabahlah akak aku kan. gile ko!

lately ni dia ada main lompat atas katil aku beli. die lompat 2 kali pastu jatuhkan badan. i was like what is he doing?

then bile aku nampak dia buat letak tangan kat telinga macam tengah call terus sel sel otak aku berhubung. rupanya dia main 5 little monkeys jumping on the bed!

terus aku bermain dengan dia. seronok sangat dia. main sampai aku pun letih tapi dia tak letih tau tak! aduh aduh!

ini aku nak jadi kan kenangan weh. my baby boi. Lutfy Hadi. my 1st love.

Monday, August 7, 2017

... Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor ...

siapa anak jati selangor yang nak sambung belajar? jom laa sekarang sudah ada Biasiswa untuk anak jati selangor.


so siapa siapa yang nak sambung belajar boleh lah buat pinjaman di sini

meh aku share sikit syarat dia ye.
KEPUTUSAN PERMOHONAN BIASISWA SELANGORKU BIL. 1 TAHUN 2017 baru 1  
Program ini merupakan satu program Biasiswa khas untuk anak Selangor yang belajar di UNISEL dan KUIS dari luar bandar dan berpendapatan rendah.
Keutamaan juga diberikan kepada pelajar yang memperoleh pencapaian akademik yang baik. Seramai 110 pelajar daripada UNISEL dan KUIS telah ditawarkan Biasiswa ini untuk pengambilan pertama pada Mac 2016.
SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN
Syarat-Syarat PermohonanKeterangan
Kelahiran
Pemohon lahir di Negeri Selangor; atau
Ibu atau bapa lahir di Negeri Selangor; atau
Pemohon telah bermastautin lebih dari sebelas (11) tahun di Negeri Selangor dengan pengesahan daripada ADUN/ Penghulu/ Pengerusi JKKK/ Ketua Kampung.
Peringkat PengajianPemohon telah ditawarkan tempat untuk melanjutkan pengajian DIPLOMA atau IJAZAH SARJANA MUDA secara SEPENUH MASA di Universiti Selangor (UNISEL) dan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) sahaja (pengajian secara jarak jauh (PJJ)/ luar kampus (PLK) tidak layak memohon)
PenajaanPemohon yang BELUM MENERIMA SEBARANG PENAJAAN dari lain-lain penaja 
Pencapaian AkademikPemohon yang memperoleh pencapaian akademik yang baik akan diberi keutamaan
Tahun PengajianPemohon BUKAN PELAJAR TAHUN AKHIR PENGAJIAN/ diberi tempoh pelanjutan pengajian.
Syarat Akademik
Peringkat PengajianKelayakan Akademik
Ijazah Sarjana Muda Pertama
Memperoleh kelayakan Sijil Tahun Asas/ Pra-Ijazah/ Matrikulasi/ Diploma dengan kelulusan PNGK/ CGPA 2.50 ke atas; atau
Memperoleh sekurang-kurangnya empat (4) Gred C dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat STPM; atau
Memperoleh sekurang-kurangnya lima (5) kelulusan (jayyid) dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat STAM.
Diploma
Memperoleh sekurang-kurangnya lima (5) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat SPM; atau
Memperoleh kelayakan Sijil dengan kelulusan PNGK/ CGPA 2.50 ke atas.
KADAR PEMBIAYAAN BIASISWA
1. Yuran Pengajian
Mengikut kadar sebenar yuran pengajian dan akan dibayar terus kepada pihak UNISEL/KUIS. 
2. Elaun Sara Diri
Elaun Sara Diri berjumlah RM600.00 sebulan yang akan dikreditkan terus ke akaun pelajar.
3. Permohonan
Permohonan dibuka bermula 19 Disember 2016 hingga 16 Januari 2017 sebelum jam 4.00 petang ke :
Lembaga Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Cawangan Biasiswa dan Pinjaman Pelajaran
Tingkat 3, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah 40503 Shah Alam,                              Selangor Darul Ehsan
 GOOD LUCK! jangan lupe share citer best ni kat orang tau. hehe.

Wednesday, August 2, 2017

... Jodoh ...

Assalamualaikum!
MR GOOGLE

aku nak cerita sikit pasal jodoh ni. senarnya aky kagum dengan kawan aku ni hah. berkahwin dengan lelaki yang dia tak cintakan pun.
dan sekarang dia sudah ada anak 1. Alhamdulillah.

back to the story. she actually have a boyfriend but her boyfriend treat her like nothing. macam kejap perlu mencari. kejap tak perlu dia biarkan. then kawan ni adik dah kawin kan. so people keeps wonder bila die nak kawin.

so one day, pendek cerita, pak cik die jadi telangkai. means kenan kan dia dengan someone.
then maybe dorang tak sampai setahun tunang dan kawin.

well journey tunang memang susah even untuk mereka yang baru kenal jumpa dan nak kawin.
alhamdulillah urusan dia dipermudahkan dan selamat kawen dan ada anak satu. syukur.

aku tengok dia pun dapat suami yang baik, jaga dia dalam pantang. tolong jaga anak. baguskan. bermakna jodoh dia itu yang terbaik lah kan.

kire berani lah terus terima orang itu.

kagum senarnye orang macam ni. kalau aku belum tentu aku berani kan. korang rase korang berani ke? hahah!

even aku dengan suami ni pun dulu aku bukan minat pun but aku still nak dengan dia. ahha! suka tapi taknak ngaku kot. sebab nya die tua aku 8tahun kot. haha!

alhamdulillah aku dapat suami yang rajin. ramai orang puji suami aku. aku bersyukur. btw jangan lak ajak suami sis pergi karoke okay! kang sis mara. tapi sis tahu suami sis tak suka karoke hehe.