LAZADA

Tuesday, March 27, 2012

... Penggunaan lidah (pertuturan) yang ditegah ialah ...

Penggunaan lidah (pertuturan) yang ditegah ialah

• berdusta, sama ada secara sungguh-sungguhan atau pun main-main (gurauan), 

• berjanji untuk tidak ditunaikan (berdusta untuk menipu). 
Rasulullah saw bersabda: "Ada tiga perkara yang sesiapa terlibat dengan salah satu daripadanya, maka dia adalah munafiq, walaupun dia mengamalkan puasa dan sembahyang, iaitu, apabila bercakap dia berdusta, apa berjanji dia mungkir dan apabila diamanahkan dia khianati" 

• mengumpat, memfitnahkan orang, menghasut atau menjadi batu api, mencerca, memaki-hamun dan sebagainya).
Rasulullah saw bersabda: "Jauhilah kamu daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih jahat daripada berzina. Penzina, apabila bertaubat, mungkin diampuni Allah, tetapi pengumpat tidak diampuni oleh Allah sehingga dia diampuni oleh orang yang diumpatnya". 

• mencacatkan cakap orang dan membenarkan cakap sendiri (mirak) serta berbantahan (jidal). 

Rasulullah saw bersabda: "Tidak sempurna iman seorang hamba Allah sehingga dia meninggalkan tindakan mencacatkan cakap orang dan berbantahan, walaupun dia benar". 

• memuji diri. 
Allah Taala berfirman: "Maka jangan kamu mengatakan diri kamu suci (memuji diri). Dia (Allah) maha mengetahui tentang orang yang bertaqwa". (al-Najm : 32) 
• mengutuk dan memaki makhluk.

• mendoakan kejahatan (keburukan) untuk manusia, walau manusia itu zalim.

• mengeluarkan kata-kata kotor, kesat, lucah, lucu, sindiran dan gurau-senda dengan tujuan menghina dan memalukan seseorang.

Menurut Imam al-Ghazali, semua tindakan lisan yang tersebut di atas adalah dikategorikan sebagai "kata-kata haram". Di samping itu, banyak menuturkan "kata-kata harus" yang tidak berfaedah (perbualan yang sia-sia) ditegah juga. Kerana, apabila banyak berbicara, berborak umpamanya, selalunya lidah tergelincir lalu menuturkan kata-kata yang haram itu. Kalau tidak demikian pun, banyak berkata-kata itu sekurang-kurangnya merugikan masa. Mengikut ulama, panjang cakap akan memanjangkan hisab di akhirat kelak.


Malik bin Dinar bermadah, "Apabila engkau dapati rasa degil bersarang di hatimu, terasa daif beribadat dan sukar mendapat razeki, maka ketahuilah, semuanya itu disebabkan oleh ucapan lidahmu mengenai perkara yang tidak mendatangkan manfaat kepadamu". 


Sumber : Halaqah.net
 
 
Moga post ini dapat meng'improve'kan diri ke arah lebih baik..
 
 

No comments:

::: Setelah menerjah post sendiri :::

perhh!! bertahun sudah belog aku ni eh. from 2010. then aku kawen 2014. beranak pinak from 2015 until 2021. HHAHAH i have 4 ketoi anak. 1 bu...