LAZADA

Tuesday, April 24, 2012

... SHARE: Amalan Pengasih Suami Isteri ...

Assalamulaikum!

benda ni aku dapat dari kawan aku. depa dok kan suke main email-email. itu laa part yang hebat kalo ada email.haha! main email ajelaa mampu..FB, Twitter sume dah kena block.

Amalan Pengasih Suami Isteri

Mereka yang telah mendirikan rumahtangga pastinya inginkan keluarga yang bahagia dan harmoni. Dalam Islam, untuk mewujudkan kebahagiaan di antara suami isteri, tidak perlulah isteri atau suami mencari ilmu pengasih yang adakalanya lebih memudaratkan. Malah ada yang mendatangkan syirik dan bertentangan dengan agama. Jika suami isteri jujur dan ikhlas ingin memperolehi kerukunan rumahtangga, terdapat beberapa amalan yang patut dipraktikkan iaitu:
1. PANDAI MEMIKAT HATI – Ini bukanlah bermakna menggunakan kepintaran dan kebijaksanaan semata-mata. Masing-masing perlulah mencari jalan supaya pasangan berasakan dirinya benar-benar disayangi dan dicintai. Ucapkanlah kata-kata yang lemah-lembut dan menyenangkan diiringi senyuman yang menggambarkan kasih sayang dan kemesraan yang tak berbelah-bagi. Lakukanlah sesuatu kerja dengan ikhlas dan jujur kerana dengan itu akan menimbulkan kasih sayang yang abadi di antara suami dan isteri.
2. PANDAI MENYESUAIKAN DIRIMenyesuaikan diri dalam sebuah rumahtangga adalah merupakan suatu usaha yang penting. Suami isteri perlulah memahami pasangan dan hendaklah sedaya-upaya menutup kekurangan pasangan masing-masing. Sikap bertolak-ansur dalam menerima kelemahan pasangan adalah suatu pengorbanan yang besar kerana setiap manusia pasti ada kelemahannya. Namun suami isteri perlulah cuba membaiki diri dengan kerelaan dan kesedaran.
3. SALING HORMAT-MENGHORMATI - Suami isteri perlulah saling hormat-menghormati, menjaga maruah dan peribadi masing-masing. Kritik-mengkritik atau keji-mengeji adalah racun berbisa dalam rumahtangga dan boleh menyebabkan perceraian. Jika ingin menasihati, gunakanlah kata-kata yang lemah-lembut yang tidak mengecilkan hati dan perasaan.
Dalam hidup berumahtangga, suami isteri perlulah menghargai segala usaha dan jasa yang dicurahkan kepada mereka. Janganlah memandang sepi segala usaha dan pemberian yang telah kita nikmati. Isteri janganlah suka melahirkan perasaan tidak puas hati diatas kehendak dan permintaan yang tak dapat ditunaikan suami. Mintalah sesuatu yang mampu diberikan suami dan bukanlah sesuatu yang diluar kemampuannya. Segala yang diberi, perlulah dihargai walaupun pemberiannya kecil sekalipun.
4. CINTA-MENCINTAI – Setiap manusia dikurniakan perasaan semulajadi iaitu perasaan cinta dan kasih sayang. Cinta merupakan pakaian hidup. Suami isteri mestilah berusaha mencari jalan untuk memupuk dan memperbaharui cinta supaya rumahtangga sentiasa dalam keadaan bahagia, aman dan ceria. Cinta hipokrit atau cinta palsu tidak akan membahagiakan jiwa, sebaliknya memusnahkan. Hanya cinta suci adalah cinta yang abadi. Oleh itu, janganlah kita berpura-pura mencintai seseorang kerana itu ibarat kita bermain dengan api.
5. BERTIMBANG-RASA - Sikap bertimbang-rasa perlulah disemai agar kemesraan terjalin. Ia memupuk perasaan kasih dan sayang di antara suami isteri kerana dengan bertimbang rasa perbalahan dan rasa tidak puas hati dapat dielakkan. Sekiranya isteri penat, suami perlulah membantu isteri melaksanakan tugas di rumah. Begitu juga dengan isteri, janganlah memaksa suami menurut segala kehendaknya tanpa bertimbang-rasa.
6. BERMUKA MANIS – Mengiringi suami ke pintu rumah serta mengucup mesra ketika suami keluar kerja dan menunggu suami pulang kerja dengan wajah manis merupakan suatu penghargaan terhadap suami. Hati suami akan sentiasa riang dan bertambah sayang. Kesopanan yang ditunjukkan pula akan mengeratkan kasih sayang. Perkara kecil yang menjadi punca perbalahan janganlah diperbesarkan. Lupakanlah segala perkara yang remeh-temeh dengan menanam sikap pemaaf.


TTFN!


…: Usagi Kechik :…

No comments:

::: Setelah menerjah post sendiri :::

perhh!! bertahun sudah belog aku ni eh. from 2010. then aku kawen 2014. beranak pinak from 2015 until 2021. HHAHAH i have 4 ketoi anak. 1 bu...